Tuesday 21 August 2012

Ikhlas dari hati (Tercipta Untukku)


Baik budimu,
Seindah namamu,
Telah cukup menyerikan hidupku...
Sikapmu membuatkan ku jatuh hati,
Menyebabkan ku rasa dirimu tiada galang ganti,
Aku gembira kerana kau menjadi penyeri...
Air matamu,
Kesedihan buat diriku,
Namun,
Terubat dengan gelak tawamu,
Menyebabkan aku semakin sayang padamu,
Yang ku rasa kau tercipta untukku...
Kau adalah tulang rusuk kiri ku yang hilang,
Yang telah ku temui sekarang,
Aku bersyukur dengan hati yang riang,
Kerana diri ini diberikan peluang...

No comments: